Gara-gara rakam awek, rakan patah rahang kiri


Melaka :: Hanya kerana mahu meleraikan pertengkaran dua rakannya bersama seorang inividu lain yang tidak dikenali, seorang pelajar tingkatan empat ditumbuk hingga patah rahang kiri dalam kejadian di Dataran Pahlawan, Bandar Hilir, disini, malam kelmarin.

Dalam kejadian 7.30 malam itu, mangsa dikenali sebagai Mohd Arif Fikri A Rahim, 16, dari Alai, di sini, mendakwa ditumbuk lelaki berusia awal 20-an itu dibahagian mulutnya yang turut mengakibatkan mulutnya berdarah dan pipi kanannya cedera.

Menurutnya, ketika kejadian, dia baru selesai makan di kedai berhampiran bersama rakan sebayanya, Mohd Syafiq Abdul Rahman, dan terus melepak di padang di atas pusat beli-belah berkenaan.

Dakwanya, ketika melepak, dua rakannya yang kebetulan berada di kawasan yang sama menemui mereka dan seorang daripada mereka mahu meminjam kamera digital miliknya untuk merakam gambar dua gadis yang juga berada di kawasan itu.

“Mereka berdua terus menemui gadis berkenaan untuk merakam gambarnya, saya dan Mohd Syafiq yang berada dalam jarak 20 meter hanya memerhati gelagat mereka,”

“Tiba-tiba seorang lelaki muncul dan meluahkan rasa tidak puas hati kerana merakamkan gambar gadis berkenaan yang didakwa teman wanitanya,”

“Saya mendengar mereka bertengkar dengan meminta gambar dirakamkan itu dipadamkan selain berlaku tolak-menolak di antara mereka,” katanya ketika ditemui di sebuah pusat perubatan swasta di Jalan Tun Sri Lanang, di sini, semalam.

Turut berada bersama Mohd Arif ialah ibubapanya, Jamaliah Tapah, 48, dan A Rahim Adip, 50.

Mohd Arif mendakwa, kerana tidak mahu pertengkaran itu menjadi serius, dia dan Mohd Syafiq meleraikan pertengkaran itu.

Bagaimanapun, ketika menghampiri mereka, lelaki tidak dikenalinya itu terus menumbuknya di bahagian mulut.

“Saya mula berasa sakit dan kebas dibahagian mulut dan pendarahan menyebabkan saya lemah. Melihat keadaan itu, lelaki terbabit bersama dua gadis berkenaan terus beredar sebelum saya menghubungi bapa saya,” kata anak bongsu dari tiga adik-beradik itu.

Sementara itu, A Rahim berkata, dia bergegas ke tempat kejadian bersama rakannya dan sejurus tiba terus membawanya ke Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Melaka (HM) untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Katanya, menerusi ujian sinar-x mendapati rahang kiri anaknya patah, bagaimanapun pembedahan tidak dapat dilakukan dengan segera.

“Saya yang bimbang dengan keselamatannya membawanya ke pusat perubatan swasta bagi membolehkan pembedahan dapat dilakukan dengan segera,” katanya.

Beliau berkata, dia membuat laporan mengenai kejadian itu pada awal pagi semalam di Balai Polis Melaka Tengah.


Pendapat anda

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: