Bapa rayu penceroboh tak rogol anak


Jempol :: Seorang bapa yang tidak mampu bergerak kerana sakit buah pinggang hanya mampu merayu kepada penjenayah yang cuba merogol anaknya dalam kejadian di Ladang Gaddes, dekat sini.

Dalam kejadian 7.30 pagi jumaat minggu lalu, lelaki berusia 36 tahun itu datang ke rumah keluarga terbabit dan berpura-pura ingin memberitahu perkara penting.

Ketua Polis Daerah Seremban, Superintendan Mohd Sabri Muhammad berkata, ketika kejadian mangsa berusia 15 tahun berada bersama bapanya berusia 60-an manakala ibunya keluar berkerja.

Katanya, lelaki itu memberitahu ingin berjumpa mangsa, namun gadis itu dikatakan enggan membuka pintu kerana tidak mengenali suspek.

“Bagaimanapun, selepas terpedaya dengan tipu daya lelaki terbabit, mangsa kemudiannya membuka pintu sebelum suspek meluru kearah mangsa dengan cuba memegang tangannya,”

“Keadaan itu menyebabkan berlaku pergelutan dan gadis tersebut cuba menolak suspek yang cuba merogolnya,” katanya di sini, semalam.

Menurutnya, bapa mangsa tidak dapat membantu kerana tidak boleh bergerak, bagaimanapun mangsa akhirnya dapat melepaskan diri selepas menjerit.

Mohd Sobri berkata, jeritan itu menyebabkan suspek melarikan diri dan mangsa membuat laporan tidak lama selepas kejadian.

“Polis giat mengesan suspek dan kes disiasat mengikut seksyen 354 kanun keseksaan keran mencabul,” katanya.

sumber :: Harian Metro Online


Pendapat anda

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s