Wanita nyaris dicabul penyamun


Gombak :: Bukan sahaja disamun malah seorang wanita nyaris dicabul dua lelaki yang menarik seluarnya hingga hampir terlondeh namun berjaya diselamatkan oleh teman lelakinya di Batu 17 Rawang, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 pagi itu, mangsa bersama teman lelakinya kerugian hampir RM1500 selepas disamun enam lelaki tidak dikenali menaiki beberapa motosikal.

Menurut sumber, ketika kejadian, mangsa yang berusia 20-an bersama teman lelakinya baru selesai makan di sebuah restoran sebelum menuju ke tempat letak kereta di belakang premis berkenaan.

“bagaimanapun ketika sedang berjalan tiba-tiba muncul tiga motosikal dinaiki enam lelaki mengepung mereka sebelum seorang dari mereka merentap beg tangan mangsa sehingga menyebabkannya terjatuh,”

“sebaik melihat mereka terjatuh, suspek terus menuju ke arah mereka berdua sambil mengacukan pisau,” katanya.

Sumber berkata, malah ketika pergelutan itu, dua lelaki terbabit mengambil kesempatan menarik seluar pendek dipakai mangsa.

“teman lelaki mangsa yang melihat kejadian itu tanpa berfikir panjang terus membantu mangsa dengan menepis tangan suspek,”

“namun tindakannya itu menyebabkan mereka marah dan terus memukulnya sebelum beg duit miliknya turut dirampas,” katanya.

Sumber berkata, kekecohan yang berlaku bagaimanapun disedari orang awam yang terdengar bunyi bising sebelum datang membantu.

“panik melihat kehadiran orang ramai, semua suspek segera melarikan diri,” katanya.

Mangsa dan teman lelakinya bernasib tidak diapa-apakan, namun trauma dengan kejadian itu.

Mereka turut membuat laporan di Balai Polis Rawang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah mengesahkan menerima laporan dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

sumber :: Harian Metro Online


Pendapat anda

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: