Suami sebagai hadiah hari lahir


Kuala Kubu Baru :: Lebih tiga tahun bersendirian, penyanyi Norazlan Abdul Aziz atau Lan A to Z, 42, akhirnya kembali memegang gelaran suami. Hanya dengan sekali lafaz, Lan dan isterinya, Siti Nur Ain Daut atau Ain, 24, selamat diijabkabulkan dalam majlis yang berlangsung di Masjid Jamek Ar-Rahimah, di sini, pada jam 11.11 pagi semalam.

Berwalikan abang sulong Ain, Mohd Firdaus, 30, pasangan berpakaian sedondon warna putihini dinikahkan Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk, Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Selangor, Zulkhairi Jaik, dengan disaksikan hampir 50 tetamu terdiri dari keluarga pengantin dan peminat. Tarikh akad nikah ini dipilih sebagai simbolik hari kelahiran Ain 11 November.

Lan turut menyerahkan wang hantaran bernilai RM11,111 manakala mas kahwin berjumlah RM300, Lan juga menyerahkan sembilan dulang hantaran berupa cincin berlian, Al-Quran, pakaian dan alat solek serta dibalas 11 dulang dari Ain.

Ditemui selepas itu, Lan bersyukur kerana segala-galanya berjalan lancar. Dia mengakui perasaan gementarnya hanya apabila berada di hadapan kadi.

“Saya memang tenang ketika di saat terakhir akad nikah. Bagaimanapun, bila di depan ramai orang, perasaan gementar tiba-tiba muncul,”

bagaimanapun, saya cuba tenangkan diri dan akhirnya dengan sekali lafaz, Ain sah menjadi isteri saya. Ain menangis terharu kerana impiannya untuk bergelar isteri pada hari ulang tahunnya menjadi kenyataan,”

“Dia mendapat hadiah paling istimewa dalam hidupnya, iaitu seorang suami. Saya berjanji akan menjaganya sebaik mungkin. Kami berjanji akan mempertahankan rumahtangga ini hingga ke akhirnya,” katanya.

sumber :: Harian Metro Online


Pendapat anda

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: