Motosikal perogol kehabisan minyak, gadis larikan diri


Sepang :: Malang berganda bagi seorang pelajar tingkatan tiga apabila dirogol dua lelaki tidak dikenali di dua lokasi berasingan selepas pertemuan pertama mereka di Dengkil, dekat sini.

Dalam kejadian jam 12 tengah malam, 28 Ogos lalu, pelajar berusia 15 tahun itu mengikut rakannya berjumpa teman lelaki rakannya itu berhampiran kedai serbaneka 24 jam di Taman Putra Permai, Seri Kembangan.

Mereka kemudian dibawa ke sebuah kedai makan di Dengkil dengan menaiki dua motosikal yang ditunggangi dua lelaki untuk minum bersama 10 lagi lelaki yang dipercayai rakan lelaki berkenaan.

Selepas minum, mangsa dan rakannya dibawa ke sebuah taman yang tidak dikenal pasti lokasinya, sebelum seorang lagi lelaki tiba ke lokasi berkenaan dengan menaiki motosikal berwarna hitam. Menurut sumber, ketika berada di taman itu mangsa ditarik seorang dari 13 lelaki terbabit ke tempat gelap dan merogolnya.

Sumber berkata, selepas kejadian itu, lelaki yang menaiki motosikal berwarna hitam dan teman lelaki rakannya berjanji menghantar mangsa dan rakannya pulang ke rumah, tetapi kedua-duanya dibawa ke tempat lain secara berasingan.

“Mangsa tidak terus dibawa pulang, tetapi dibawa ke sebuah ladang kelapa sawit dan dirogol lelaki terbabit,”

“Selepas itu, mangsa dihantar pulang ke rumah, tetapi dalam perjalanan motosikal milik lelaki terbabit kehabisan minyak berhampiran sebuah kedai perabot,”

“Peluang itu digunakan mangsa untuk melarikan diri dan nasib menyebelahi gadis itu apabila terdapat anggota polis di kawasan berkenaan,” katanya.

Mangsa dibawa ke Balai Polis Dengkil untuk membuat laporan.

Bagaimanapun, difahamkan, mangsa sekali lagi membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya di sini, kelmarin.

Bertindak diatas laporan berkenaan, polis Putrajaya menahan seorang lelaki dipercayai suspek pada hari sama laporan dibuat.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid, ketika dihubungi mengesahkan penahanan seorang dari suspek terbabit.

Difahamkan, suspek direman enam hari sehingga selesa ini untuk siasatan.

sumber :: Harian Metro Online


Pendapat anda

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: