Keramat tarikh 11.11.11


Kuala Lumpur :: “Saya memang menunggu tarikh 11 November 2011 (11.11.11) untuk melahirkan bayi kerana nombor ini cantik dan unik, malah lebih baik sekiranya dilahirkan di Terengganu kerana menggunakan kod 11 di dalam MyKad,” kata Suriati Katrina, 36.

Katanya, pemilihan tarikh itu untuk bersalin hanya untuk berseronok dan tidak membawa maksud tertentu.

“Keempat-empat anak dilahirkan mengikut tarikh dipilih sendiri, memandangkan mereka semua dilahirkan secara pembedahan. Tarikh yang dipilih untuk kesemua anak sekadar suka-suka, sama dengan tarikh lahir saya, suami dan ibu. Manakala anak keempat ini melakar sejarahnya tersendiri kerana lahir pada tarikh cantik,”

“Waktu matang bayi ini pada 7 November yang lalu, tetapi saya minta ditunda ke 11 November dan doktor membenarkannya kerana tidak terlalu lewat,”

“Sebelum membuat keputusan, saya membuat pemeriksaan dan merujuk kepada doktor terlebih dahulu kerana tidak mahu mengambil sebarang risiko,” kata ibu kepada bayi lelaki Mohamad Ryley Huesen Zamanhuri yang dilahirkan pada jam 10.01 pagi.

Pengurus acara dan pameran, Liew Mun Yee, 38, pula berkata dia sudah merancang untuk melahirkan anak pada 11 November kerana menurut kepercayaan masyarakat cina, nombor satu membawa kebahagian dan melambangkan pemimpin.

Katanya, dia yang sepatutnya melahirkan bayi pada 22 November berbincang dengan suami dan doktor untuk mempercepatkan tarikh kelahiran semata-mata untuk dapatkan tarikh istimewa itu.

“Saya berharap bayi lelaki ini akan membesar dengan sihat, membawa tuah kepada keluarga serta sentiasa menjadi nombor satu seperti tarikh kelahirannya,” katanya.

Bagi Reenajit Kaur, 33, tarikh 11 November tidak membawa sebarang maksud dan menganggapnya kebetulan.

“Saya tidak memilih tarikh untuk melahirkan bayi kerana apa yang penting kesihatan bayi lelaki yang dilahirkan. Lahir pada tarikh istimewa hanya satu bonus kepada kami kerana mendapat nombor yang cantik,” katanya ketika ditemui di Hospital Pantai Kuala Lumpur, di sini, semalam.

Pengurus Kanan Perkhidmatan Pelanggan, Pesakit dan Perhubungan Awam Hospital Pantai Kuala Lumpur, Carol Pelly, berkata hospital mencatatkan sejarah tersendiri apabila 11 bayi (sembilan lelaki dan dua perempuan) dilahirkan pada 11 November.

Sementara itu, di Hospital Kuala Lumpur(HKL) setakat jam 12 tengahari, 16 bayi dilahirkan (10 perempuan dan 6 lelaki), Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) 12 bayi (tujuh perempuan dan lima lelaki), Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) 11 bayi (enam perempuan dan lima lelaki), Pusat Perubatan Prince Court (PPPC) 11 bayi.

sumber :: Harian Metro Online


Pendapat anda

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: