Hadiah percuma untuk 100 pertama membeli Samsung Galaxy Note


Keghairahan terhadap model telefon pintar terbaru Samsung Galaxy Note menyaksikan ramai peminat telefon berkenaan sanggup beratur seawal jam 5.30 pagi semalam di pusat beli-belah Pavilion Kuala Lumpur untuk menjadi antara individu pertama memilikinya di Asia Tenggara.

Ini menyebabkan pintu jualan gerai telefon bersaiz 5.3 inci itu yang sepatutnya dibuka pada jam 11 pagi terpaksa diawalkan setengah jam berikutan kehadiran lebih 200 orang yang berebut-rebut mendapatkannya.

Kehadiran orang ramai di pusat beli-belah itu susulan dari iklan di akhbar bahawa Samsung menawarkan 100 pembeli pertama produk itu akan menerima kasing percuma bersalut kemasan kristal Swarvoski.

Ahli perniagaan, Jacky Chew, 44, yang diiktiraf pembeli ke-100 berpuas hati dengan pembeliannya yang berbaloi walaupun terpaksa menempuh kesesakan jalan raya sebelum tiba di pusat beli-belah itu.

“Saya ingat saya sudah lambat untuk mendapatkan kasing itu, tapi saya bernasib baik,” katanya yang menganggap produk Samsung sesuai dengan kehidupan sehariannya yang sibuk.

sumber :: Harian Metro Online


Pendapat anda

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: