Jual rakan untuk bayar hutang


Kuala Lumpur :: Seorang wanita yang ingin menyelesaikan hutangnya secara licik memperdaya rakan sendiri dengan tawaran percutian percuma di Ibu Kota sebelum gadis berusia 19 tahun itu ‘dijual’ kepada seorang lelaki yang kemudian bertindak kejam mengurung, mendera dan merogolnya.

Bagaimanapun, gadis itu bernasib baik kerana berjaya melarikan diri selepas 60 jam dikurung di sebuah rumah di Taman Pusat Kepong, di sini, iaitu sejak awal pagi 6 November lalu hingga jam 2 petang kelmarin.

Mangsa melarikan diri ketika dua lelaki yang menjaganya tertidur, lalu menaiki teksi pulang ke rumah bapanya di Pontian, Johor.

Sumber polis berkata, ketika dikurung, mangsa bukan saja dirogol seorang lelaki berusia 30-an, tetapi turut dirotan sehingga badannya berbirat.

Menurutnya, tragedi hitam dalam hidup gadis bermula 12 tengah malam 6 November lalu, selepas dia yang menetap di Pontian, Johor, bersetuju mengikut rakan wanitanya berusia 20-an untuk ‘bercuti’ di ibu kota dengan semua kos ditanggung.

sumber :: Harian Metro Online


Pendapat anda

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: