Gara-gara mencantikkan hidung


Kuala Lumpur :: Seorang wanita warga Singapura yang ingin mencantikan hidungnya berdepan risiko kehilangan deria bau dan sukar bernafas akibat kegagalan rawatan kecantikan muka yang dijalaninya di pusat kecantikan sejak 26 Ogos yang lalu.

Mangsa, yang hanya mahu dikenali sebagai Kuo, 49, mendapatkan rawatan kecantikan untuk hidungnya di sebuah pusat kecantikan yang beroperasi di Petaling Jaya mengalami jangkitan kuman selepas beberapa kali rawatan dijalankan melalui suntikan.

Menurutnya, ketika mendapatkan rawatan, pemilik pusat kecantikan itu menyarankan dia melakukan pembedahan kecik dibahagian hidung, dikenali sebagi ‘rhinoplasty’ bagi mencantikan struktur hidung.

“saya kemudian disuntik untuk kali pertama di bahagian hidung pada 14 September dengan sejenis cecair dinamakan ‘hyaluronic acid’…”

“selepas disuntik untuk pertama kali, hidung saya berasa sakit dan membengkak sehingga mengganggu tidur saya selain tekanan darah meningkat akibat masalah pernafasan,”

“seterusnya saya disuntik lagi dengan dos yang lebih kuat pada 1 Oktober sebelum hidung saya mula mengeluarkan nanah dan kulit mula menggelupas,” katanya ketika ditemui dalam sidang media di Wisma MCA, semalam.

Tertekan dengan masalah yang dihadapinya itu, Kuo pulang ke Singapura dan berjumpa dengan doktor yang kemudian mengarahkannya menghentikan segera pengambilan glukosa seperti disarankan pusat kecantikan itu.

Katanya, dia kerugian RM16 ribu sebagai bayaran prosedur kecantikan yang dilaluinya dan lebih mengejutkan, pengusaha pusat kecantikan berkenaan tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku kepadanya.

Beliau berkata, dia bercadang menyaman pusat kecantikan berkenaan bagi mendapatkan ganti rugi.

Sementara itu, Ketua Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Michael Chong berkata, setakat ini pihaknya menerima lebih daripada 14 kes serupa dan hanya membabitkan seorang lelaki manakala selebihnya wanita.

“pihak kami akan bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan dan menyarankan mereka membuat pemeriksaan terhadap setiap pusat kecantikan yang beroperasi,” katanya.

sumber :: Harian Metro Online


Pendapat anda

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: