Dua beranak ditemui mati berpelukan


Kajang :: Seorang pensyarah yang bercuti panjang di kampung bagi menyambut Aidiladha, ditemui mati berpelukan dengan ayahnya di dalam sebuah anak sungai berhampiran Sungai Langat di sini, petang semalam.

Rasfan, 29, serta Abu Kassim Manaf, 56, ditemui oleh seorang penduduk kampung yang datang ke sungai berkenaan untuk memancing kira-kira jam 2 petang.

Difahamkan, pada awalnya penduduk kampung terbabit mendapati sebuah penjana elektrik masih hidup di tebing sungai sedangkan tiada sesiapa di kawasan berdekatan.

Menurut penduduk yang enggan dikenali, lelaki berkenaan kemudian menutup suis penjana elektrik berkenaan sebelum kedua mayat mangsa tiba-tiba timbul dalam keadaan berpelukan.

“berdasarkan penemuan dan keadaan mayat itu, ada kemungkinan mangsa terkena renjatan elektrik menyebabkan kedua-dua mereka lemas. Lelaki berkenaan memaklumkan penduduk kampung sebelum menghubungi polis,” katanya.

Menurutnya, kedua-dua mangsa hanya dikeluarkan daripada sungai kira-kira jam 5 petang.

Allahyarham Rasfan yang baru mendirikan rumahtangga pada tahun lalu, meninggalkan seorang balu serta bayi berusia dua bulan.

Penduduk itu berkata, Allahyarham bekerja sebagai pensyarah di Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Melaka dalam bidang seni reka dan sedang bercuti panjang sempena Aidiladha.

Menurutnya, Rasfan dikatakan beria-ia mengajak Abu Kassim untuk menangkap ikan di anak sungai itu kerana sehari sebelum itu ayahnya menangkap banyak ikan menggunakan kaedah sama.

Tak sangka pula nyawa mereka dua beranak diragut di sungai berkenaan,” katanya.

Jenazah dua beranak itu disembahyangkan di Surau Taman Sri Indah, Balakong, sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Batu 10 di sini, kira-kira jam 1 pagi tadi.

sumber :: Harian Metro Online


Pendapat anda

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: