Bagaimana menaklukkan hati lelaki


Memang mudah untuk menarik hati lelaki, namun untuk menakluki atau menawan hatinya bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Ini kerana lelaki terkenal dengan sikap ego mereka yang menjadikan mereka seorang lelaki yang sejati. Lelaki jarang menundukkan ego mereka pada wanita, dan jika hal ini terjadi bertuahlah kamu sebagai wanita dan hargailah lelaki yang seperti ini. Berikut beberapa cara atau teknik yang boleh digunapakai untuk menundukkan ego lelaki sekaligus menjadikan mereka setia kepada perhubungan pada si wanita…

1 :: Bersabar
Ini perlu untuk menundukkan lelaki, kerana lelaki punya sikap yang sukar diduga. Bersiap sedia lah untuk disakiti dan bersabar, ini akan melembutkan hati lelaki. Ingat, menyimbah minyak kedalam api hanya akan memarakkannya…

2 :: Fahami dia
Mustahil untuk kita memahami seseorang dengan kadar yang segera, perlukan masa untuk memahami sepenuhnya sikap seseorang itu. Lelaki suka pada wanita yang memahami mereka, dan jika lelaki itu seorang yang punya ramai peminat dia pasti akan memilih kamu untuk bersamanya walaupun pun mungkin kamu kurang cantik berbanding orang lain.

3 :: Hormati dia
Jika kamu berharap si lelaki untuk menghormati kamu, cubalah kamu menghormati mereka dahulu. Lelaki suka berada diatas atau dipandang tinggi, bukan pujian yang meninggikan mereka namun sikap hormat itu yang menjadikan mereka enggan melepaskan kamu.

4 :: Hindarkan bertekak
Jangan berharap untuk menang bila bertengkar dengan lelaki, kerana ini tidak akan merendahkan ego mereka. Tapi cubalah mengalah dan biarkan dia merasa dirinya betul, nanti dia akan terfikir sendiri dan mengakui kesilapan serta menundukkan ego untuk memohon maaf pada kamu.

5 :: Hargai dia
Kita sering dipengaruhi dengan kisah-kisah cinta yang kompleks dari buku atau filem. Sebenarnya tidak perlu untuk si wanita terkejar-kejar lelaki idaman mereka, tetapi hargailah yang berada di depan mata. Jadikan hari-hari kamu sebagai hari menghargai mereka, sekadar ucapan terima kasih memadai untuk setiap perkara yang dia lakukan untuk kamu. Penghargaan umpama racun yang meracun secara halus namun berkesan.

6 :: Jangan memalukan dia
Bila lelaki memilih kamu, mereka akan berasa bangga dengan setiap apa dari kamu. Ini meninggikan ego mereka untuk terus memiliki cinta kamu dan enggan melepaskan kamu. Jangan menjatuhkan atau mencalar maruah mereka. Banyak cara yang boleh membuatkan kamu mencemar ego mereka dengan sedar atau tanpa sedar. Samada kamu memarahi atau membentak mereka dihadapan orang ramai, atau kamu kelihatan bersama lelaki lain. Lelaki mengagumi dan sanggup menundukkan ego pada wanita yang menjaga maruah diri dan perhubungan mereka.

Begitu mudah menundukkan lelaki kan? Namun fikirkan semula mengapa kamu ingin menakluki dia? Sudah tentu kerana kamu sangat sayang dan mencintai mereka… Tetapi jika kamu bercadang hanya untuk mempermainkan perasaan dan sekadar suka-suka menundukkan mereka, berhati-hati dan lebih baik batalkan niat kamu… Ini kerana ianya akan membuatkan lelaki itu yang sanggup menundukkan ego demi kamu, hadir dalam fikiran dan hati kamu. Dengan erti kata lain, kamu akan mula menyanyangi dia… Kamu bernasib baik jika dia kembali pada kamu dengan hati yang ikhlas, namun kebiasaannya mereka akan kembali untuk menuntut bela…


Pendapat anda

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: