Bagaimana lelaki mengawal perasaan kecewa


1 :: Lelaki tidak pernah berasa simpati terhadap dirinya sendiri. Jika mereka putus cinta, jarang untuk mereka terbawa-bawa dengan perasaan. Dan bila ditanyakan oleh teman-teman tentang hubungan dengan teman wanitanya, lelaki dengan tenang akan menjawab “Oh, da putus”… Hal ni berbeza dengan gadis, yang biasanya akan menjawab “tolong jangan cakap pasal mamat tu lagi”…

2 :: Pada pandangan lelaki, perkara yang paling menjadi masalah pada mereka ialah tentang kehidupan mereka. Seperti, bagaimana nak meneruskan hidup, mencari kerja untuk memperbaiki hidup dan sebagainya biarpun hubungan cinta terputus… Bagi gadis pula, mereka biasanya akan lebih memikirkan tentang perhubungan yang terputus itu, seperti memikirkan mengapa hal itu terjadi…

3 :: Pada lelaki, memiliki seorang teman wanita merupakan suatu bonus dan penghargaan pada dirinya. Maka mereka tak akan terasa sangat bila tiada teman wanita… Gadis pula biasanya menganggap memiliki seorang teman lelaki itu perlu untuk melengkapkan hidupnya. Maka mereka akan lebih terasa jika tiada teman lelaki…

4 :: Tanpa teman wanita, lelaki akan lebih memikirkan tentang kerja, kerjaya, sukan, keluar dengan rakan-rakan dan mendengar muzik… Namun gadis biasanya akan lebih memikirkan tentang bakal teman lelaki atau lelaki idaman bila mereka sedang “single”…

5 :: Bila putus cinta, lelaki menganggap dia tidak berjodoh dengan gadis itu dan akan menerima gadis lain yang hadir dalam hidupnya…

6 :: Lelaki tidak suka menceritakan hal peribadinya dengan orang lain kerana tidak ingin merosakkan emosinya… Berbanding gadis, mereka biasanya menceritakan hal peribadi atau tentang hubungan yang terputus itu dengan teman rapat. Dan ini merosakkan emosi mereka dan selalu terkenang tentang hubungan yang tidak menjadi itu…

7 :: Lelaki berani bersumpah dan berlagak tidak kecewa ditinggalkan teman wanita, tetapi sebenarnya mereka sedang mati dan bersedih di dalam hati kerana kecewa…

8 :: Lelaki tidak menganggap putus cinta sebagai satu trauma yang menghalang mereka dari menerima cinta lain…


Pendapat anda

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: